Kota Baharu: Solat lima waktu syarat naik pangkat. Kerajaan negeri Kelantan bercadang menukar nama kaum orang asli kepada "orang asal". KL: Sejumlah 720 Sekolah Terlibat Program Rintis Penarafan Keselamatan Sekolah. Ipoh: Penduduk miskin terima 20 meter air percuma. London: Lelaki tidak subur selepas usia 35 tahun. Kabul: Serangan bom gegarkan Kedutaan India di Kabul.

30 Jun 2008

BAHAS: Masalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa

Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang, guru-guru, dan rakan pelajar sekalian. Terlebih dahulu. kami barisan pencadang tetap berpendirian bahawa tajuk perbahasan ini, “Masalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa” memang tepat dan tidak perlu dipersoalkan lagi. Sebelum saya membahaskan lebih lanjut, elok sekiranya saya menyimpulkan makna remaja lari dari rumah.



Remaja yang lari dari rumah ialah remaja yang meninggalkan rumah tanpa restu daripada ibu bapa menuju ke satu lempat yang biasaanya tidak diketahui oleh ahli keluarganya. Mereka bertindak sedemikian kerana perasaan tidak puas hati atau didorong keinginan memperoleh sesuatu. Manakala kurangnya kasih sayang meliputi perhatian dan belaian kemesraan. Dewasa ini, akhbar-akhbar menyiarkan berita tentang remaja yang lari dari rumah. Walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk membendung masalah ini, tetapi nampaknya sehingga kini masalah remaja lari dari rumah belum juga berakhir.


Hadirin yang dimuliakan,


Hujah saya yang pertama, remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21 tahun merupakan golongan yang menempuh alam kritikal; penuh perasaan. menganggap segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain, dan suka mencuba sesuatu yang baru. Dalam meniti usia ini, golongan ini menganggap segala tindakannya adalah benar dan tiada sesiapa yang holeh melarang. Kata-kata orang yang lebih dewasa dan berpengalaman, baik ibu bapa, guru, mahupun saudara mara tidak diendahkan. Mereka tidak takut untuk meninggalkan rumah kerana banyak tempat yang boleh didiami; rumah rakan ataupun bekerja yang diyakini majikan mereka akan menyediakan tempat tinggal. Berbekalkan keyakinan yang tidak semua benar, mereka akan berasa selamat tinggal di luar rumah. Atas alasan yang longgar mereka tidak berasa bersalah meninggalkan rumah, mengecewakan ibu bapa, sakali gus menepikan masa depan. Mereka tidak kisah sama ada ibu menangis atau meratap, ayah kecewa atau marah,. Yang penting, kata hati perlu dituruti.



Hujah saya yang ketiga, kurangnya didikan agarna. Sebaik-baiknya, anak yang berusia selewat-lewatnya tujuh tahun telah dihantar ke sekolah agama dan diajar membaca al-Quran. Tetapi disebabkan ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan menghadapi kesukaran untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah agama, mereka berasa cukup menghantar anak ke sekolah kebangsaan. Sebenarnya agama yang dipelajari dan jika dihayati di hati dan di jiwa boleh menjadi benteng seseorang itu daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk. Apa yang berlaku sekarang, sudahlah pendidikan agama kurang, ibu bapa pula tidak memberi teladan yang baik kepada anak-anak. Mintalah anak hersolat dan berpuasa sebagai contoh, tidak akan dituruti oleh sianak jika si ibu atau ayah tidak melakukannya. Disebahkan kurangnya didikan agama, anak-anak yang terabai ini tiada sempadan dalam bertindak lalu perbuatan lari dari rumah dianggap perkara biasa bagi remaja yang jiwanya telah kosong dengan roh keagamaan.


Hujah saya yang keempat ialah pengaruh media massa. Media massa kita, baik televisyen, akhbar, dan majalah sering menyiarkan berita dari Barat yang memaparkan remaja yang rosak akhlaknya. Jika pun tidak berita dari Barat, paparan artis tempatan yang berpakaian menjolok mata sudah cuknp membuatkan pembaca yang terdiri daripada golongan remaja memikirkan hal-hal yang negatif. Keadaan diburukan lagi dengan paparan daripada internet; paparan maklumat seluas-luasnya dan apa sahaja yang ingin dicapai hanya perlu menekan butang pada papan kekunci. Bagi remaja dari Barat. hidup bersama kekasih tanpa nikah bukanlah sesuatu kesalahan. Malah, perbuatan lari dari rumah, terutamanya golongan artis Barat juga sesuatu yang lazim. Disebabkan bahan yang dihaca selalu memaparkan unsur yang negatif, sedar atau tidak, segala tindakan yang bakal diambil sering bertentangan dengan nilai-nilai hudaya tempatan.


Hadirin yang dikasihi,


Hujah saya yang kelima, sikap masyarakat juga menyebabkan remaja lari dari rumah. Jika dulu. terutamnnya apabila anak-anak dara herkelakuan tidak senonoh, masyarakat kampung akan menegur ataupun rnembuat aduan terus kepada ibu bapa mereka. Kini, keadaan ini boleh dikatakan tiada lagi, bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar, malahan di kampung-kampung. Sikap seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing menjadi amalan sesetengah masyarakat. Ini berpunca daripada kesibukan menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan masalah jiran di sebelah rumah pun tiada siapa yang tahu. Jika mereka mengamalkan sikap seperti aur dengan tebing, sudah tentu mereka akan tegur sekiranya terlihat seorang pemuda yang tidak dikenaii berbual-bual dengan anak dara jiran sehingga larut malam. Sikap masyarakat yang negatif ini seakan-akan memberi ruang kepada remaja melakukan perkara yang dirasakan betul, tetapi sebenarnya bersalahan daripada nilai kehidupan masyarakat madani.


Izinkan saya membidas hujah pembangkang pertama tadi. Menurutnya, ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak mereka menyebabkan anak menjadi liar. Sebenamya, dalam kesibukan ibu bapa memberi tumpuan terhadap kerjaya, anak-anak memang kurang diberi perhatian. Kalaulah ini menjadi asas remaja lari dari rumah, sudah tentu ribuan lagi remaja saban hari akan meninggalkan rumah. sebab boleh dikatakan rata-rata ibu bapa sekarang menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan anak terasa terabai. Kalau sekadar alasan ibu bapa kurang memberi perhatian, tiada sebab si anak mahun lari dari rumah. Anak tahu ibu bapa mereka bekerja untuk mencari nafkah dan menyediakan yang terbaik untuk masa depan mereka. Jadi, mengapakah remaja lari dari rumah? Inilah persoalan yang pihak kami barisan pencadang hujahkan. Mereka lari kerana ada faktor-faktor di luar rumah yang sudah tersedia menanti.


Hadirin yang dimuliakan,


Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, sudah terang lagi bersuluh, kini sudah terbukti bahawa masalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa, sebaliknya banyak faktor-faktor lain yang berpunca daripada faktor di luar rumah. Jadi, kami menyeru barisan pembangkang agar menyertai barisan kami yang lebih berani mengemukakan hujah yang benar, tepat, dan meyakinkan. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Hujah saya ini akan disambung oleh rakan saya yang lain. Sebelum saya menangguhkan perbahasan ini, izinkan saya lafazkan serangkap pantun yang berbunyi,


Dari runtuhnya kota Melaka,
Bersama kita dirikan Putrajaya;
Hujah palsu bohong belaka,
Akan ditangkis seberapa daya.


Sekian, terima kasih.


Baca selanjutnya...

Disiplin Pelajar

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?



Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Baca selanjutnya...

Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar. Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.

Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kapada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.

Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan info yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi.

Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’.

Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.

Baca selanjutnya...

29 Jun 2008

Pita video cetak rompak banyak mendatangkan pengaruh negatif kepada golongan remaja

Dewasa kini, ramai di kalangan remaja-remaja kita yang terpengaruh dengan budaya pita video cetak rompak yang begitu laris di pasaran sekarang. Jika kita lihat sekarang, remaja-remaja yang masih di bangku sekolah dan belum bekerja sudah mampu untuk memiliki pelbagai jenis pita video kerana ia dijual begitu murah sekali. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa digunakan untuk membeli atau menyewa pita video cetak rompak.

Sesungguhnya, gejala pita video cetak rompak telah banyak mendatangkan pengaruh negatif kepada golongan remaja sekarang. Salah satu daripadanya ialah pelajar-pelajar akan mengabaikan pelajaran mereka dan ramai yang terkandas dalam pelajaran. Hal ini kerana mereka leka menghabiskan masa dengan menonton pita video cetak rompak, Tambahan lagi ia begitu senang untuk diperoleh dengan harga yang begitu murah sekali. Paling menyedihkan ada di kalangan pelajar-pelajar yang berani membawa pita video cetak rompak di dalam beg sekolah mereka untuk bertukar-tukar pita video dengan kawan-kawan mereka.

Ramai di kalangan remaja yang menggemari pita video kerana ia tidak ditapis dan dapat memberikan hiburan murahan kepada mereka. Semua ini akan merosakkan pemikiran remaja dan mempengaruhi minda merekauntuk mementingkan hiburan semata-mata. Akibatnya, mereka berasa malas untuk belajar kerana berasakan pelajaran itu susah dan perlu banyak berfikir.

Pita video juga akan mempengaruhi tindak-tanduk atau fikiran remaja. Contohnya, remaja mungkin akan terbabit dalam perlakuan seks bebas kerana kebanyakan pita video yang ditonton berunsllfkan lucah, tahyul, dan ganas.. Tidak hairanlah jika ada remaja-remaja yang menjadi gengster, melakukan keganasan, peras ugut, dan sebagainya kerana terpengaruh dengan aksi yang dipaparkan dalam pita video.

Remaja-remaja juga menjadi boros dan menghabiskan wang mereka untuk membeli atau menyewa pita video. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa mereka untuk perbelanjaan keperluan sekolah tidak digunakan sebaik mungkin, malahan mereka menghabiskannya untuk perkara yang tidak berfaedah.

Banyak menonton pita video juga boleh menjejaskan kesihatan remaja-remaja, seperti merosakkan penglihatan iaitu mata akan menjadi rabun kerana terlalu banyak menonton. di samping itu juga, remaja-remaja suika menonton pita video sambil memakan makanan ringan yang banyak mengandungi kolestrol, lemak, pewarna, dan perisa yang akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Obesiti juga mungkin terjadi kerana mereka tidak menggunakan masa yang terluang untuk bersenam malah dihabiskan untuk menonton cerita-cerita yang tidak berfaedah dan mengkhayalkan.

Hubungan kekeluargaan dan kejiranan juga menjadi renggang. Hal ini kerana mereka asyik masyuk menonton pita video sehingga terlupa bahawa di sekeliling mereka masih ada keluarga dan jiran-jiran yang perlu mereka berinteraksi, bertegur sapa, dan tolong-menolong antara satu sarna lain. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana negara kita akan kehilangan remaja-remaja yang bermutu dan bertanggungjawab sebagai tunggak pemangkin kemajuan negara dan gerakan yang akan datang.

Banyak cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah-masalah sebegini antaranya ialah peranan ibu bapa. Mereka seharusnya memerhatikan setiap gerak-geri dan aktiviti anak mereka di rumah. Mereka perlu menghadkan kekerapan anak-anak menonton pita video dan menapis jenis pita video yangditonton oleh anak-anak mereka. Memeriksa beg sekolah mereka sarna ada mereka menyimpan atau menyembunyikan pita video yang berunsurkan lucah, ganas, tahyul, dan sebagainya. Perbelanjaan anak-anak juga perlu dikawal supaya ibu bapa tidak terlebih memberi wang saku kepada anak-anak mereka kerana ianya mendorong anak-anak membeli pita video yang begitu banyak di pasaran.

Kerajaan juga haruslah lebih tegas dalam pengharaman pita video cetak rompak. Operasi besar- besaran seharusnya dil.akukan untuk membasmi kes-kes cetak rompak di samping melakukan kempen seperti ‘cetak rompak zero’. Jika gejala pita video cetakrompak sudah disapu bersih, maka masalah remaja yang terlalu gemar menonton pita video dapat dikurangkan kerana mereka kurang berkemampuan untuk membeli pita video yang asli kerana mereka hanya mengharapkan wang saku daripada ibu bapa.

Pihak sekolah juga perlu sentiasa melakukan pemeriksaan mengejut ke atas pelajar iaitu memeriksa beg para pelajar keranadi khuatiri mereka membawa pita video ke sekolah. Tempat-tempat yang disyaki ’sarang’ untuk mereka menonton juga perlu dibuat pemeriksaan mengejut seperti asrama sekolah, rumah-rumah sewa, dan sebagainya.

Kesimpulannya, semua pihak seperti ibu bapa, kerajaan, dan pihak sekolah perlu memikul tanggungjawab untuk membanteras masalah stika menonton pita video di kalangan remaja. Semua ini renting kerana kita mahu menghasilkan remaja-remaja yang bermutu, berpotensi, berkarisma, dan produktif dalam pembentukan sebuah negara maju tanpa diselitkan dengan pelbagai masalah yang tidak bermoral yang mana akan melumpuhkan dan memusnahkan segala impian kita.

Baca selanjutnya...

27 Jun 2008

Kebanyakan rakyat Malaysia kurang membaca

Tabiat membaca di kalangan masyarakat kita agak kurang berbanding dengan tabiat membaca di kalangan masyarakat di negara-negara lain. Keadaan sebegini amat memalukan kerana ia tidak selari dengan pembangunan negara yang semakin maju. Pelbagai usaha telah dilakukan demi meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat. Tetapi hanya siswa-siswi yang berada di pusat pengajian tinggi sahaja yang memberikan sambutan terhadap aktiviti galakan membaca yang dijalankan. Usaha untuk membina budaya membaca di kalangan masyarakat amat sukar.

Sehubungan dengan itu, usaha mumi ini haruslah dipikul bersama oleh pelbagai pihak supaya masyarakat Malaysia tidak begltu ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakat Jepun. Semua pihak harus ada tanggungjawab dan berusaha untuk menerapkan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia. dan usaha sebegini hendaklah dijalankan dengan lebih serius dan berterusan. Semua pihak tidak harus berputus asa dalam menangani masalah ini, kerana kita perlu yakin dengan pepatah ‘belakang parang diasah lagikan tajam, inikan pula manusia’.

Selain itu. kesedaran perlu wujud di kalangan masyarakat Malaysia akan peri pentingnya mewujudkan budaya membaca demi kemajuan negara. Semangat yang murni ini tidak harus dipaksa tetapi ianya harus lahir daripada hati kecil setiap individu dengan keinginan yang jitu. Setiap individu itu sendiri harus faham akan manfaat dan faedah daripadanya dan bukan melakukannya kerana dipaksa. Semangat sebegini tidak akan berterusan jika kita melakukannya kerana orang lain. Apa yang menyedihkan. kebanyakan masyarakat kita terutamanya remaja stika membaca majalah-majalah hiburan berbanding dengan buku-buku ilmiah. Hal ini jelas bahawa mereka lebih mementingkan hiburan daripada ilmu pengetahuan.

Usaha bagi memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat ini juga dapat dilaksanakan dengan kerjasama daripada pihak-pihak penjual buku supaya harga-harga buku dikurangkan sesuai dengan kemampuan pembeli. Penjual-penjual yang terbabit janganlah terlalu ingin mengaut keuntungan dengan meletakkan harga buku yang berlipat kali ganda lebih mahal daripada yang sepatutnya. Mereka juga perlu ada rasa tanggungjawab untuk menolong pembeli-pembeli yang minat membaca supaya mereka tidak begitu rasa tertekan untuk membeli buku-buku ilmiah.

Ibu bapa juga tidak kurang pentingnya dalam memainkan peranan untuk menerapkan minat membaca di kalangan anak-anak mereka. Misalnya, mereka janganlah menolak untuk membeli buku-buku yang diminati oleh anak-anak mereka. Malahan. ibu bapa sendiri harus sentiasa membaca buku di hadapan anak-anak mereka supaya anak-anak dapat meniru tabiat baik ibu bapa mereka. Setiap pertanyaan anak-anak tentang buku-buku yang mereka baca sarna ada buku cerita ataupun buku pelajaran haruslah diberi jawapan dan perhatian yang sewajamya oleh ibu bapa supaya minat membaca mereka tidak luntur. Sesungguhnya minat membaca ini harus diterapkan di dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi. seperti kala pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Sejajar dengan itu, usaha bagi menanam budaya stika membaca di kalangan anak-anak juga dapat dilakukan dengan memastikan setiap rumah mempunyai sebuah perpustakaan mini. Perpustakaan mini di rumah amat perlu bagi ibu bapa yang mementingkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka. Tempat membaca juga harus disediakan sebaik mungkin seperti kedudukan meja dan kerusi di tempat yang sesuai supaya mereka berasa lebih selesa untuk membaca. Sekurang-kurangnya anak-anak akan berasa seronok untuk membaca kerana memandangkan buku-buku yang banyak dan tempat yang menarik lagi selesa disediakan untuk mereka. Sesungguhnya kanak-kanak sukakan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan bukannya paksaan ataupun tekanan.

Sebagai kesimpulan, semua pihak haruslah bertanggungjawab dalam menerapkan minat membaca di kalangan masyarakat dan menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan budaya membaca demi merealisasikan hasrat wawasan 2020. Semangat sebegini amatlah penting supaya kita tidak ketinggalan dalam arus globalisasi dan dunia yang penuh cabaran.

Baca selanjutnya...