Kota Baharu: Solat lima waktu syarat naik pangkat. Kerajaan negeri Kelantan bercadang menukar nama kaum orang asli kepada "orang asal". KL: Sejumlah 720 Sekolah Terlibat Program Rintis Penarafan Keselamatan Sekolah. Ipoh: Penduduk miskin terima 20 meter air percuma. London: Lelaki tidak subur selepas usia 35 tahun. Kabul: Serangan bom gegarkan Kedutaan India di Kabul.

30 Jun 2008

BAHAS: Masalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa

Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang, guru-guru, dan rakan pelajar sekalian. Terlebih dahulu. kami barisan pencadang tetap berpendirian bahawa tajuk perbahasan ini, “Masalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa” memang tepat dan tidak perlu dipersoalkan lagi. Sebelum saya membahaskan lebih lanjut, elok sekiranya saya menyimpulkan makna remaja lari dari rumah.



Remaja yang lari dari rumah ialah remaja yang meninggalkan rumah tanpa restu daripada ibu bapa menuju ke satu lempat yang biasaanya tidak diketahui oleh ahli keluarganya. Mereka bertindak sedemikian kerana perasaan tidak puas hati atau didorong keinginan memperoleh sesuatu. Manakala kurangnya kasih sayang meliputi perhatian dan belaian kemesraan. Dewasa ini, akhbar-akhbar menyiarkan berita tentang remaja yang lari dari rumah. Walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk membendung masalah ini, tetapi nampaknya sehingga kini masalah remaja lari dari rumah belum juga berakhir.


Hadirin yang dimuliakan,


Hujah saya yang pertama, remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21 tahun merupakan golongan yang menempuh alam kritikal; penuh perasaan. menganggap segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain, dan suka mencuba sesuatu yang baru. Dalam meniti usia ini, golongan ini menganggap segala tindakannya adalah benar dan tiada sesiapa yang holeh melarang. Kata-kata orang yang lebih dewasa dan berpengalaman, baik ibu bapa, guru, mahupun saudara mara tidak diendahkan. Mereka tidak takut untuk meninggalkan rumah kerana banyak tempat yang boleh didiami; rumah rakan ataupun bekerja yang diyakini majikan mereka akan menyediakan tempat tinggal. Berbekalkan keyakinan yang tidak semua benar, mereka akan berasa selamat tinggal di luar rumah. Atas alasan yang longgar mereka tidak berasa bersalah meninggalkan rumah, mengecewakan ibu bapa, sakali gus menepikan masa depan. Mereka tidak kisah sama ada ibu menangis atau meratap, ayah kecewa atau marah,. Yang penting, kata hati perlu dituruti.



Hujah saya yang ketiga, kurangnya didikan agarna. Sebaik-baiknya, anak yang berusia selewat-lewatnya tujuh tahun telah dihantar ke sekolah agama dan diajar membaca al-Quran. Tetapi disebabkan ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan menghadapi kesukaran untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah agama, mereka berasa cukup menghantar anak ke sekolah kebangsaan. Sebenarnya agama yang dipelajari dan jika dihayati di hati dan di jiwa boleh menjadi benteng seseorang itu daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk. Apa yang berlaku sekarang, sudahlah pendidikan agama kurang, ibu bapa pula tidak memberi teladan yang baik kepada anak-anak. Mintalah anak hersolat dan berpuasa sebagai contoh, tidak akan dituruti oleh sianak jika si ibu atau ayah tidak melakukannya. Disebahkan kurangnya didikan agama, anak-anak yang terabai ini tiada sempadan dalam bertindak lalu perbuatan lari dari rumah dianggap perkara biasa bagi remaja yang jiwanya telah kosong dengan roh keagamaan.


Hujah saya yang keempat ialah pengaruh media massa. Media massa kita, baik televisyen, akhbar, dan majalah sering menyiarkan berita dari Barat yang memaparkan remaja yang rosak akhlaknya. Jika pun tidak berita dari Barat, paparan artis tempatan yang berpakaian menjolok mata sudah cuknp membuatkan pembaca yang terdiri daripada golongan remaja memikirkan hal-hal yang negatif. Keadaan diburukan lagi dengan paparan daripada internet; paparan maklumat seluas-luasnya dan apa sahaja yang ingin dicapai hanya perlu menekan butang pada papan kekunci. Bagi remaja dari Barat. hidup bersama kekasih tanpa nikah bukanlah sesuatu kesalahan. Malah, perbuatan lari dari rumah, terutamanya golongan artis Barat juga sesuatu yang lazim. Disebabkan bahan yang dihaca selalu memaparkan unsur yang negatif, sedar atau tidak, segala tindakan yang bakal diambil sering bertentangan dengan nilai-nilai hudaya tempatan.


Hadirin yang dikasihi,


Hujah saya yang kelima, sikap masyarakat juga menyebabkan remaja lari dari rumah. Jika dulu. terutamnnya apabila anak-anak dara herkelakuan tidak senonoh, masyarakat kampung akan menegur ataupun rnembuat aduan terus kepada ibu bapa mereka. Kini, keadaan ini boleh dikatakan tiada lagi, bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar, malahan di kampung-kampung. Sikap seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing menjadi amalan sesetengah masyarakat. Ini berpunca daripada kesibukan menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan masalah jiran di sebelah rumah pun tiada siapa yang tahu. Jika mereka mengamalkan sikap seperti aur dengan tebing, sudah tentu mereka akan tegur sekiranya terlihat seorang pemuda yang tidak dikenaii berbual-bual dengan anak dara jiran sehingga larut malam. Sikap masyarakat yang negatif ini seakan-akan memberi ruang kepada remaja melakukan perkara yang dirasakan betul, tetapi sebenarnya bersalahan daripada nilai kehidupan masyarakat madani.


Izinkan saya membidas hujah pembangkang pertama tadi. Menurutnya, ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak mereka menyebabkan anak menjadi liar. Sebenamya, dalam kesibukan ibu bapa memberi tumpuan terhadap kerjaya, anak-anak memang kurang diberi perhatian. Kalaulah ini menjadi asas remaja lari dari rumah, sudah tentu ribuan lagi remaja saban hari akan meninggalkan rumah. sebab boleh dikatakan rata-rata ibu bapa sekarang menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan anak terasa terabai. Kalau sekadar alasan ibu bapa kurang memberi perhatian, tiada sebab si anak mahun lari dari rumah. Anak tahu ibu bapa mereka bekerja untuk mencari nafkah dan menyediakan yang terbaik untuk masa depan mereka. Jadi, mengapakah remaja lari dari rumah? Inilah persoalan yang pihak kami barisan pencadang hujahkan. Mereka lari kerana ada faktor-faktor di luar rumah yang sudah tersedia menanti.


Hadirin yang dimuliakan,


Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, sudah terang lagi bersuluh, kini sudah terbukti bahawa masalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa, sebaliknya banyak faktor-faktor lain yang berpunca daripada faktor di luar rumah. Jadi, kami menyeru barisan pembangkang agar menyertai barisan kami yang lebih berani mengemukakan hujah yang benar, tepat, dan meyakinkan. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Hujah saya ini akan disambung oleh rakan saya yang lain. Sebelum saya menangguhkan perbahasan ini, izinkan saya lafazkan serangkap pantun yang berbunyi,


Dari runtuhnya kota Melaka,
Bersama kita dirikan Putrajaya;
Hujah palsu bohong belaka,
Akan ditangkis seberapa daya.


Sekian, terima kasih.


Tiada ulasan: