Kota Baharu: Solat lima waktu syarat naik pangkat. Kerajaan negeri Kelantan bercadang menukar nama kaum orang asli kepada "orang asal". KL: Sejumlah 720 Sekolah Terlibat Program Rintis Penarafan Keselamatan Sekolah. Ipoh: Penduduk miskin terima 20 meter air percuma. London: Lelaki tidak subur selepas usia 35 tahun. Kabul: Serangan bom gegarkan Kedutaan India di Kabul.

01 Julai 2008

Program Televisyen Karut dan Tahyul Kepada Masyarakat

Bilangan saluran televisyen semakin bertambah di negara ini yang menyaksikan semakin banyak rancangan yang mampu ditonton oleh masyarakat kita. Ada rancangan yang memaparkan unsur misteri dan tahyul. Keadaan ini memang dikatakan berupaya memberikan pebagai impak negatif kepada penonton terutama golongan muda.

Impak negatif yang ketara ekoran penayangan rancangan ni ialah rancangan yang berunsur misteri dan tahyul menyebabkan pemikiran penonton kolot. Keadaan ini berkaitan dengan keadaan masyarakat yang terlalu menerima perkara yang ditayangkan itu secara membabi-buta tanpa mempunyai pemikiran yang rasional. Situasi ini menyebabkan penonton akan sukar menerima kemajuan yang ingin dicapai oleh negara kita. Jadi, rancangan ini memang memberi impak yang negatif kepada paradigma penonton.



Selain itu, program yang sebegini akan menyebabkan ramai orang akan mempercayai kehebatan seseorang yang menggunaan unsur misteri dan tahyul itu. Kebolehan mereka yang dipaparkan dalam program itu sudah pasti akan menimbullkan rasa kagum dalam hati penonton yang sememangnya mudah percaya apabila melihat program itu. Jelaslah, program seperti ini akan menyebabkan lebih banyak orang yang akan tertipu.

Keadaan ini turut menyebaban kanak-kanak dan orang ramai berasa takut untuk pergi ke sesuatu tempat. Imej yang mereka tonton dalam program itu akan terus wujud dalam minda separuh sedar mereka. Penonton yang berasa takut mungkin tidak akan melakukan sesuatu perkara itu setelah melihat sesuatu program tahyul tersebut. Sememangnya, keadaan ini akan menghalang kemajuan yang bakal diperoleh oleh seseorang itu terutama dalam kemajuan kerjaya mereka.

Namun, penyiaran program sebegini turut mampu menyebabkan penonton berasa seronok menonton rancangan sebegini. sikap seronok ini akan menyebabkan masyarakat mengabaikan perkara yang berkaitan dengan sains dan teknologi dalam kehidupan mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka mempersoalkan kepentingan sains dalam zaman moden ini. Jadi, keadaan ini menyebabkan masyarakat kita tidak memiliki kemahiran tinggi dalam penciptaan dan penggunaan sains serta teknologi.

Impak yang terakhir penyiaran program ini ialah program ini mendorong orang ramai melakukan perbuatan syirik. Sudah ada kejadian yang membuktikan wujudnya masyarakat kita yang suka memuja tempat yang dikatakan memiliki unsur misteri. Mereka menyembah tempat sebegini mungkin selepas melihat penyiaran kawasan tersebut di media massa. Nyatalah, penyiaran program ini menyebabkan masyarakat kita semakin melupakan hal agama yang sebenarnya dan melakukan perkara yang terkutuk di sisi agama.

Kesimpulannya, semua agensi kerajaan bertanggungjawab untuk menapis segala program televisyen terutama yang berunsur tahyul dan misteri ini. Penapisan ini penting supaya semua program yang ditayangkan bersesuaian dengan nilai-nilai budaya masyarakat dan pperkembangan semasa. Kita bimbang jika penyiaran program sebegini diteruskan sudah pasti akan membawa banyak masalah kepada negara kita dalam masa beberapa tahun mendatang nanti.


Tiada ulasan: