Kota Baharu: Solat lima waktu syarat naik pangkat. Kerajaan negeri Kelantan bercadang menukar nama kaum orang asli kepada "orang asal". KL: Sejumlah 720 Sekolah Terlibat Program Rintis Penarafan Keselamatan Sekolah. Ipoh: Penduduk miskin terima 20 meter air percuma. London: Lelaki tidak subur selepas usia 35 tahun. Kabul: Serangan bom gegarkan Kedutaan India di Kabul.

03 Julai 2008

Majalah hiburan banyak membawa kesan negatif kepada para remaja

Aku dan teman-teman remajaku yang lain selalu bertemu di restoran makanan segera Mac Donald’s sebelum kami menuju ke kedai buku The Popular Bookshop untuk mendapatkan majalah-majalah hiburan terkini yang kami gemari. Kami selalu berpakaian berjenama dan menggunakan bahan-bahan dandanan yang popular seperti yang selalunya diiklankan dalam majalah-majalah hiburan yang kami beli. Maznilah yang paling berani di antara kami. Dia akan berpakaian seperti artis-artis popular yang dipamerkan dalam majalah yang kami baca, pakaian-pakaian yang ketat dan memberahikan.



Cara hidup kami juga agak berbeza dengan remaja-remaja lain. Kami suka membaca ruangan gosip yang selalunya dimuatkan dalam majalah-majalah hiburan itu dan selalunya, cara hidup artis-artis popular yang kami sanjungi akan dibincangkan. Kami gemar meniru cara hidup mereka, saja kerana suka-suka dan untuk mendapatkan keseronokan. Kelab-kelab malam serta disko kami kunjungi kerana di situlah kami dapat merasakan nikmat yang sebenar seperti yang digambarkan dalam majalah-majalah hiburan yang kami baca.

Atas desakan teman-teman yang kami kenali semasa di disko dan kelab-kelab malam itu, kami bukan sahaja pernah merokok, malah mencuba pil ecstasy. Seronok juga rasanya. Namun, kami telah tertangkap pada suatu malam apabila disko yang kami kunjungi diperiksa polis. Aku dimasukkan ke rumah tumpangan budak-budak perempuan nakal manakala teman-temanku yang lain menghadapi nasib yang seburuk aku.

Aku setuju dengan topik di atas, bahawa majalah hiburan banyak membawa kesan negatif terhadap para remaja. Lihatlah apa yang telah berlaku kepada diriku serta rakan-rakanku. Akibat terlalu dipengaruhi oleh bahan-bahan bacaan yang terdapat dalam majalah hiburan yang aku gemari, aku kini terpaksa merempat di rumah kebajikan.


Tiada ulasan: